Bagi Duta Belanda, Jacques Werner pula yakin kerjasama itu akan memberi kelebihan dari sudut penggunaan sumber dan penjanaan hasil pertanian bernilai tinggi.<br /><br />Jelasnya, sebagai negara pengeluar hasil pertanian kedua terbesar di dunia selepas amerika syarikat, pihaknya bakal memperkenalkan pendekatan yang diamalkan di Belanda merangkumi kerajaan, penggiat industri dan Institusi Penyelidikan dan Pembangunan (RND).